IDE
Apa ini
IDE ialah app tempat pelajar edit project files, jalankan command, lihat error, dan bekerja dengan AI coding assistant.
Untuk Vibe 101, default paling selamat ialah Cursor atau Antigravity. VS Code menjadi fallback bila pelajar cuma perlukan editor biasa dengan extensions.
Kenapa penting
IDE ialah tempat pelajar bergerak daripada planning kepada building sebenar.
Kalau IDE mengelirukan, extension tidak ada, atau login account salah, session akan jadi perlahan sebelum coding bermula. Setup yang betul jimat kredit AI kerana pelajar boleh tanya prompt yang lebih jelas.
Apa nak buat
Pilih editor
| Choice | Sesuai untuk | Nota kredit | Perlu jaga |
|---|---|---|---|
| Cursor | Kebanyakan pelajar Vibe 101 | Ada pilihan percuma dan pilihan berbayar. Semak pricing page semasa sebelum kelas. | Prompt AI cepat habis kalau soalan terlalu luas. |
| Antigravity | Pelajar yang perlukan agent-style help dan browser testing | Google list Antigravity di antigravity.google; akses public preview boleh berubah. | Mungkin terlalu advanced untuk kelas pertama. |
| VS Code + Copilot | Pelajar yang memang biasa VS Code | Copilot Free ada monthly limits untuk completions dan premium requests. | Extension setup kena betul. |
| VS Code sahaja | Fallback paling simple | Editor percuma, tiada kredit AI diperlukan. | Pelajar guna ChatGPT/Perplexity dalam browser untuk bantuan AI. |
Install editor
- Download dari official website sahaja: Cursor, Antigravity, atau VS Code.
- Install app.
- Sign in dengan account yang pelajar akan guna dalam kelas.
- Import VS Code settings hanya kalau pelajar sudah biasa VS Code.
- Buka project folder, bukan parent folder.
- Buka integrated terminal.
- Jalankan local project.
Visual checkpoint:
Reference
Editor
Explorer: project files nampak
Terminal: buka dalam project folder
AI panel: sudah sign in
Browser: localhost jalanExtension yang disarankan
Install extension yang membantu session sahaja. Terlalu banyak extension buat debugging lebih susah untuk beginner.
| Extension | Kenapa berguna |
|---|---|
| Prettier | Format code supaya mudah dibaca. |
| ESLint | Tunjuk JavaScript/React mistake lebih awal. |
| GitHub Pull Requests | Bantu sambungkan editor dengan GitHub bila perlu. |
| GitHub Copilot | Pilihan AI assistant dalam VS Code-compatible editors. |
| OpenAI Codex | Berguna kalau pelajar ada access melalui ChatGPT plan. |
| OpenCode | Open-source coding agent untuk terminal, desktop, dan IDE workflow. Bagus bila pelajar mahu pilihan provider kemudian. |
| Qwen Code | Coding agent dengan extension system sendiri dan VS Code/sidebar workflow. Pilihan kos rendah untuk explore selepas asas. |
| Kilo Code | VS Code extension untuk AI code generation dan task automation. Berguna untuk agent-style editing dalam VS Code. |
| Tailwind CSS IntelliSense | Bantu suggestion Tailwind class. |
| Error Lens | Tunjuk error inline supaya beginner tidak terlepas pandang. |
Untuk Antigravity atau VS Code-compatible agent workflow, buka Extensions panel dalam editor dan search nama tool tepat yang kelas guna, contoh Qwen Code atau Kilo Code. Install hanya daripada official publisher yang muncul dalam editor marketplace.
Buka folder yang betul
Buat project folder dulu. Selepas itu, buka folder yang tepat dalam IDE.
Kalau terminal buka dekat tempat lain, masuk ke project folder:
cd path/to/project-folderSemak folder sebelum jalankan project command:
dirDi Mac, guna:
lsSelepas project sudah dibuat, clone, atau generated, folder yang betul akan tunjuk package.json dalam senarai files.
Jaga kredit AI
Guna ChatGPT/Perplexity dalam browser untuk planning sebelum minta IDE agent menulis code.
Guna IDE AI untuk:
- Explain folder structure.
- Bina satu section.
- Betulkan error yang dipaste.
- Explain exactly what changed.
Elakkan IDE AI untuk:
- "Build the whole app."
- Ulang prompt yang terlalu vague.
- Minta feature sebelum localhost berjalan.
Prompt dalam IDE:
You are my coding assistant.
We are building this project:
[paste project brief]
Rules:
- beginner friendly
- small steps only
- explain everything
Start with:
1. setup
2. folder structure
3. run localhost
Do NOT build features yet.First run checklist
Guna ini hanya selepas project files wujud.
npm install baca package.json dan download dependency project ke dalam node_modules.
npm run dev start local development server. Biarkan terminal ini terbuka semasa check browser.
Run:
npm install
npm run devBuka:
Checkpoint
http://localhost:3000Kalau terminal tunjuk error, jangan teka. Paste error sebenar ke AI dan minta satu fix.
Mistake biasa
- Buka folder yang salah.
- Guna terminal yang salah.
- Suruh IDE assistant bina feature sebelum setup berjalan.
- Tak check localhost.
- Install terlalu banyak extension sebelum project jalan.
- Habiskan kredit AI terlalu cepat dengan prompt yang terlalu luas.
Next step
Pergi ke GitHub.